
|
Kasih , sayang dan cinta :)
Tuesday, 19 June 2012 • 10:51 • 0 comments Dalam hubungan sesama manusia , kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta . Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang . Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan . Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri . Sayang Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia . Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi . Anda mungkin menyayangi sahabat anda , keluarga anda , guru anda atau sesiapa sahaja . Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda . Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya . Namun fahamilah , sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda . Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia . Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya . Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang . Cinta Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang . Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang . Bila mencintai seseorang , tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya . Anda hanya memikirkan dirinya , perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama . Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza . Dalam satu pepatah arab , mendefinisikan cinta itu pekak dan buta . Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain . Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri . Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain . Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan , tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati . Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal . Itulah kelebihan dan kelemahan cinta .
|
BONJOUR! ![]() Welcome to my Sanctuary! Enjoy and Have Fun! bold italic underline
Profile
Stuff
Chit Chat
CBOX CODE HERE! Time Machine Thanx To .. ![]() Re-Edit by: Ndot Perry Edited: fatin nafisah |